*Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
*Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
*Esok ~ Hari yang belum pasti.
*Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
*Esok ~ Hari yang belum pasti.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1.Nafas Naik.
2.Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut itu
adalah pemberian Allah secara percuma & Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa & roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
*Hidup dalam keredhaan Allah.
*Hidup dalam kemurkaan Allah.
Rukun Iman itu pula Ada 6 & apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan & kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . atau suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya..
Setiap detik & ketika, hinggalah kita kembali kpd Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha & Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
Di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.
Mari kita sama2 renungkn....
No comments:
Post a Comment