Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

~ Background ~

Wednesday, 23 May 2012

~ Calendula Redakan Sakit Perut Akibat Haid ~

TENTANG BUNGA CALENDULA....
BUNGA CALENDULA

Kelopak bunga herba Calendula dari spesies Calendula offi cinalis telah lama digunakan untuk tujuan perubatan semenjak kurun ke-12 lagi. Calendula adalah tumbuhan semula jadi di negara-negara Mediterranean tetapi kini turut ditanam sebagai tanaman hiasan di seluruh dunia. Walaupun ia turut dikenali dengan nama Pot Marigold tetapi ia tidak sama dengan pokok Marigold yang banyak ditanam di taman-taman.

Calendula merupakan tanaman yang tumbuh sepanjang tahun. Ia boleh membiak dalam hampir semua tanah tetapi ia biasanya boleh ditemui di Eropah, Barat Asia dan Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam keluarga yang sama seperti daisy, chrysanthemum dan ragweed. Dahan pokoknya boleh membesar sehingga ketinggian 30 hingga 60 sentimeter.


Bunganya berkembang daripada awal musim bunga sehinggalah musim sejuk. Kelopak bunga berwarna oren-kekuningan bukan sahaja digunakan untuk tujuan perubatan tetapi boleh digunakan dalam masakan.


Herba Calendula memiliki sejumlah fl avonoid, antioksidan berasaskan tumbuhan yang melindungi sel-sel daripada dirosakkan oleh molekul-molekul tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas.


Ia juga turut mengandungi calendulin, beta-karotena, karotenoid, isoquercitrin, narcissi, rutin, amyrin, lupeol, sterols dan minyak meruap. Bunganya turut mengandungi polisakarid kompleks dengan sifat-sifat yang merangsang keimunan. Calendula juga diguna kan untuk menentang keradangan, virus dan bakteria.


Calendula merupakan herba pahit dan masin yang mampu merangsang hati (hepar), pundi hempedu dan uterus (rahim). Ia dikatakan mampu melegakan sistem pencernaan, menghilang jangkitan dan memberi sokongan pada jantung.


Melegakan Ulser

Dalam perubatan tradisional Calendula telah digunakan untuk merawat sakit perut dan ulser, melegakan kekejangan atau sakit perut akibat haid. Kandungan antikeradangan dan juga kesan spasmolitik (meredakan spasma otot licin).

Oleh sebab itulah ia memiliki kesan hebat untuk keradangan dan ulser-ulser kecil dalam mulut dan tekak. Calendula juga dikatakan turut digunakan untuk merangsang penghasilan hempedu, melegakan ulser gastrik dan mengatur masalah haid.


Dalam perubatan tradisional juga Calendula digunakan untuk merawat kolitis (infl amasi kolon), hepatitis (infl amasi hepar akibat jangkitan virus atau penyakit-penyakit seperti disentri ameba dan lupus), bengkak kelenjar dan penyakit keradangan pelviks.


Untuk kegunaan luar badan pula, Calendula akan disapu pada bahagian tubuh yang memiliki masalah kesihatan. Ia digunakan untuk merawat konjunktivitis (mata merah jambu), ekzema (inflamasi kulit), jangki tan yis, gingivitis (infl amasi gusi), kurap, kaki makan air, vena varikos, dan kece deraan kecil dan masalah-masalah kulit.


Kehadiran minyak meruap dan asid salicylic memberikan Calendula tindakan antimikrob dan antipengoksidaan sekali gus memberi kesan dalam tindak balas antiseptik pada sebarang jangkitan termasuklah akne.


Calendula juga disebut berupaya membantu mencegah dermatitis (infl amasi kulit akibat agen luar) dalam pesakit kanser payudara semasa rawatan atau terapi radiasi.


Kurangkan Kedutan

Pakar aromaterapi pula telah menggunakan minyak Calendula untuk penyembuhan kulit. Minyaknya diperoleh melalui cara pengekstrakan kelopak bunga bagi mendapatkan minyak. Minyak bunga Calendula ini juga digunakan untuk menyem buhkan kulit terbakar pada tahap pertama dan juga selaran matahari.

Krim yang dihasilkan daripada Calendula pula digunakan dalam industri kosmetik untuk tujuan mengurangkan kemunculan kedutan dan memberi hidrasi pada kulit. Mana kala titisan air yang dihasilkan daripada rebusan Calendula kadangkala digunakan untuk merawat jangkitan telinga kanak-kanak.


Walaupun terdapat kebaikan dan kegunaan Calendula, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Ingat nk cari bunga nie lah.....bagus utk awet muda jgk...heheheh
*Sumber dari tenet*

No comments: