Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

~ Background ~

Thursday, 16 February 2012

~ Ketika Anak Sedang Tidur ~

Salam....per khabar smua....
lama rasanyer xupdate blog nie....makin hari makin bzy plk..
*amboii ckp mengalahkn boss plk bzy nyer...wahahahah
ok la hari nie nk kongsi sket tentang amal
an yg patut kita buat ketika anak sedang tidur....saya der t'baca so nk share sket la kt sini.....
jom tgk kt bawah yer.....mari sama2 kita amalkn..


~ AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR
~






Pernah saya terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita,

Wiridkan : Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
Membaca : Surah al fatihah 1 kali,
Membaca : Surah alam nasyrah 1 kali.

Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak..

ok la sama2 kita amalkn insyaallah anak2 kita akan soleh & solehah....amin... (^__^)




No comments: