Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

~ Background ~

Monday, 1 August 2011

~~ HARAPAN RAMADHAN ~~


Ramadhan kembali lagi. Menandakan ketibaan bulan puasa. Bulan kita menahan lapar & dahaga di siang hari. Bagi orang yang beriman, bulan puasa amat dinanti-nantikan seperti Nabi, para sahabat dan para solihin. Sementara golongan sebaliknya, merasakan ia suatu penyiksaan kerana terpaksa meninggalkan makan minum dan rutin seharian.


Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Bulan yang penuh barakah. Setiap amalan dilakukan, pahalanya akan digandakan..insyaallah...


Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT sehingga sampai ke peringkat Taqwa sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:


Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)


Ramadhan juga mengajar kita merasaikan kehidupan fakir miskin atau mereka yang tidak bernasib baik. Dengan berlapar dahaga membawa kita insaf terhadap mereka yang memerlukan.

Antara adab-adab puasa ialah jangan stress, jangan marah dan sebagainya yang boleh mengganggu ketenangan otak dan organ badan kita. Justeru, kita banyakkan bersabar serta berzikir kepada Allah. Ketika perut kosong, jika otak stress dan tidak relaks, kesihatan kita akan terganggu. Perut akan merembeskan asid jika kita dalam stress. Bila asid banyak dalam perut, ia memerlukan sesuatu (makanan seperti susu) bagi meneutralkannya. Jika diteruskan juga puasa dibimbangi akan menimbulkan kemudaratan. Ringkasnya, puasa akan menjadikan kita sihat jika kita jaga adab-adab puasa. Puasa akan jadi mudarat jika kita langgar adab-adab puasa nie.

Kepada Semua Selamat Berpuasa yer......mai dgr lagu nie sikit....
 
Harapan Ramadhan





Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


**********************************************************************************************

No comments: